Agen Dropship

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan dropshipper hanya perlu membayar kepada dropship (saudari) berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada dropship kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI? Dropship berfungsi sangat mudah: 1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada laman blog pembekal 2 – Senaraikan dan pamerkan produk yang anda pilih itu di Facebook anda, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan yang sedia ada) 3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari pembekal . Pembekal akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda. 4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan SEMUA ini untuk anda! Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan Contoh : Katakan anda jual tudung . Anda jual pada harga RM55 + RM7(pos) = RM62 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada kami RM50 ( harga dropship) + RM7(pos) = RM57. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM10. Itu baru sehelai. Bayangkan jika anda hanya buat jualan 10 helai sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok Syarat Menjadi Ahli Droship : Tiada yuran keahlian dikenakan ,Serius menjalankan perniagaan , agen perlu aktif membuat sale 3 bulan pertama (sekiranya tiada sale dibuat secara automatik keahlian sebagai agen dibatalkan). Langkah untuk menjadi agen dropship: Isi borang permohonan di bawah ini dengan lengkap dan tunggu pengesahan daripada kami dalam tempoh 24 jam, Sekian terima kasih. BORANG PERMOHONAN MENJADI (AGEN/AHLI/PENGEDAR)
Nama
Alamat
No.Telefon
Pertanyaan

This HTML form was created by Freedback.